Monday, September 27, 2010

Kem Bahasa Arab

Bismillahirahmaanirrahim..

Assalamualaikum..

Baru-baru ini ( 25 Sept 2010 ) bertempat di SK SUltan Idris 2, telah diadakan Kem Bahasa Arab. Kem ini disertai oleh murid-murid tahun 6 yang telah dipilih daripada daerah Kuala Kangsar. Kem yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang dihadiri oleh 7 orang murid tahun 6 SKTDI. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid teknik-teknik menjawab peperiksaan dan sebagainya. Alhamdulillah, sepanjang kem ini berlangsung, murid mendapat pelbagai input yang berguna sebagai persediaan untuk mereka menghadapi peperiksaan akan datang, insyaAllah.

Wednesday, September 15, 2010

Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum..

Sahabat, guru2 dan para pengunjung yang budiman..
Selamat datang ke blog j-qaf SKTDI, Padang Rengas, Perak.
Masih di dalam proses 'pembinaan'..
Sebenarnya, jqaf sktdi telah lama wujud, iaitu kohort yang pertama tahun 2005.. Pada permulaannya, seramai 3 orang guru yang diamanahkan untuk membantu guru-guru Pend. Islam dalam memperkasakan Pend. Islam di kalangan murid-murid Islam di sini. Tahun 2007 seorang lagi guru ditambah untuk bersama-sama berganding bahu mendidik mereka.